Gaji Hanya 1.4K Sebulan, Lelaki Ini Buktikan Mampu Kumpul Duit Untuk Kahwin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah menjadi keinginan setiap pasangan yang bercinta untuk membawa perhubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Namun tatkala memikirkan segala kos untuk memungkinkan perjalanan majlis itu berlansung, pasti yang termenung seketika, merenung nasib.

Manakan tidak, pelbagai aspek perlu diambil kira, dari kos makanan, hiasan pelamin, pakaian, solekan, dewan mahupun hantaran. Bak kata orang perkahwinan ni sekali je seumur hidup, jadi mestilah kena buat yang terbaik untuk tetamu yang hadir.

Biasalah, untuk menghalalkan sesuatu perhubungan itu mestilah ada dugaannya terutamanya faktor kewangan. Oleh itu, Luqman Afifi telah berkongsi di laman Twitternya tentang bagaimana caranya mengumpulkan duit untuk merealisasikan impian memiliki gadis idamannya.

[1] Kerja

Pertama, benda yang korang kena tahu aku adalah seorang freelancer editor dan aku bukan jenis freelancer yang bertimbun job sekaligus. RM1,400.00 tu secara kasar yang aku dapat tiap bulan tapi kadang ada je hanya dapat RM1,00.00, RM800,00. Yalah dah takda job sapa nak bagi kau duit kan?

Tapi bila nak kahwin kau kena jugak push diri kau untuk cari duit hantaran dan sebagainya, dan aku cuba kaut sebanyak mungkin job editing yang aku boleh buat pada satu masa bila time ada job. Aku tak memilih, job editing RM200,00 pun aku buat. Paling murah aku buat RM50,00. Job student mana tah aku tak ingat, siap kena pakai AE (After Effect) lagi.

[2] Simpanan

Untuk duit simpanan aku buat 2 akaun bank, satu untuk belanja dan satu lagi untuk simpanan, untuk bank simpanan aku tinggal kad ATM kat kampung. Bila setiap kali aku dapat payment aku akan ambik 20% sahaja untuk duit belanja dan selebihnya aku masukan dalam bank yang aku tak pegang kad ATM tu.

Waktu aku kumpul duit aku memang mcm tak berdunia dengan org. Aku tolak jauh jauh hiburan atau melapak yang boleh menghabis kan duit seperti air paip bocor.

[3] Rumah Sewa

Aku duduk rumah sewa satu rumah 8 hingga 9 orang yang mana membuatkan kos duit sewa bulanan akan kurang. Tolak tepi bab keselesaan, tapi takda lah sampai tak selesa lansung.

[4] Duit Makan & Belanja

Duit makan, aku duduk 8 hinnga 9 orang, so kami berpakat unttk kosngsi duit dapur sorang RM 10.00 ringgit dan masak. Sumpah aku cakap tiap hari lauk sama ja. Nasi putih ayam potong masak sambal. Kalau boring sikit masak la telur. Tu ja kami makan asalkan kenyang. Tu pun belajar kat youtube, better laa dari nasi bujang kan?

Kalau kau buat cara ni duit makan akan safe banyak sangat. Duit makan bulanan aku kadang RM100.00 je termasuk duit minyak motor, pakai moto la jimat banyak benda dan aku tak merokok, so aku tak payah nak fikir macam mana nak keluar bajet untuk rokok.

[5] Tempoh Masa Kumpul Duit

Yang ni depends on berapa laqma korang nak kumpul, tempoh aku kumpul hampir setahun. Kalau korang nak kumpul lagi banyak, mula lah kumpul dari saat ini.

[6] Hantaran & Kenduri

Benda yang paling penting sekali ialah berbincang dengan pasangan dan keluarganya untuk memudahakan lagi urusan korang. Kalau keluarga bakal mertua korang mintak hantaran RM 20k tapi korang tak mampu. Cuba untuk jelaskan keadaan korang dan berapa korang mampu sebenarnya.

Lagi satu, masa negosasi tu, cuba jaga bahasa, cakap elok-elok, Insyallah kalau korang boleh hormat mereka, mereka akan faham.

Sumber: Luqman Hafifi

Sumber : SiakapKeli