Terkini: Helikopter Nuri Mendarat Cemas, Markas Tentera Udara Beri Penjelasan

Menerusi satu kenyataan media yang disiarkan sebentar tadi oleh Tentera Udara Diraja Malaysia, sebuah helikopter Nuri dilaporkan melakukan pendaratan cemas di dalam kawasan Kem Gubir, Kedah lebih kurang jam 3.00 petang tadi.

Berdasarkan kenyataan tersebut, pesawat itu dikatakan sedang melaksanakan penerbangan yang membawa empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia bagi misi ulang bekal.

Namun, semua anak kapal termasuk penumpang helikopter dilaporkan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. Kesemua mereka telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem tersebut.

Tentera Udara Diraja Malaysia kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasati punca kejadian.

Sumber : Tentera Udara Diraja Malaysia

Sumber : SiakapKeli