Susulan Pilih Artis Taiwan Jadi Duta Pelancongan, Ini Penjelasan Tourism Perak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

31 Julai lalu, pihak Tourism Perak ada membuat pengumuman tentang pelantikan Micheal Wong sebagai duta pelancongan Perak. Hantaran mengenainya telah dimuatnaik di laman Facebook rasmi mereka, Namun pengumuman tersebut nyata menimbulkan kritikan dan persepsi dari netizen.

Ramai yang mula melemparkan komen negatif di ruangan komen mempersoalan perlantikan terbabit. Justeru, untuk mengelakkan perkara ini dari terus berlanjutan. Siakap Keli telah menghubungi pihak Tourism Perak untuk mendapatkan pencerahan mengenai isu ini.

Menurut mereka,

Michael Wong merupakan seorang penyanyi antarabangsa yang dilahirkan di Ipoh, Perak dan  memulakan kerjaya beliau sebagai penyanyi dan pencipta lagu.

Beliau juga telah dilantik sebagai “Duta Pelancongan Malaysia” dari tahun 2006 hingga 2010. Ketika itu, bilangan pelancong dari China, Taiwan dan Hong Kong meningkat secara mendadak atas usaha beliau mempromosikan Malaysia, dan Ipoh yang merupakan tempat kelahiran Michael juga telah menjadi destinasi yang wajib dikunjung oleh kumpulan sasaran tersebut.

Pada tahun 2011, Michael juga diundang oleh Kementerian Kesihatan pada masa itu sebagai “Malaysia Healthcare Travel Ambassador” dan berjaya mempromosikan Malaysia sebagai satu destinasi Medical Tourism yang terkenal. Sepanjang kerjaya beliau, beliau pernah mengadakan konsert di merata tempat.

Antara kejayaan yang paling bernilai ialah beliau merupakan penyanyi tempatan pertama yang mengadakan konsert di Stadium Merdeka yang mencatat kemasukan seramai 20,000 orang, kini ia masih menjadi rekod Stadium Merdeka iaitu kehadiran yang paling tinggi di kalangan penyanyi tempatan.

Michael Wong akan memulakan tugas beliau sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak selama 2 tahun di kawasan Asia Timur bermula dari 1hb Ogos 2019 sehingga 31hb July 2021.

Selama itu, beliau akan mempromosikan Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia melalui 4 tema utama iaitu “Island”, “Adventure”, ”Food” dan “Culture”. Beliau akan mempromosi Negeri Perak melalui penceritaan dan pengalaman unik sendiri dan juga dari perspektif seorang anak tempatan.

Sektor Pelancongan juga memerlukan promosi yang berkesanterutamanya dalam era digital kini. Tourism Perak juga akan lebih menekankan dari segi pemasaran digital yang menggunakan pelbagai platform sosial media seperti Instagram, Youtube, Facebbook dan lain-lain lagi.

Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak juga telah merancang dan memulakan satu siri promosi di China yang menggunapakai kaedah talian terutamanya melalui Wechat dan Weibo. Kedua-dua aplikasi tersebut merupakan aplikasi yang digemari oleh warga China terutamanya golongan “Millennial”.

Mengikut statistik, lebih daripada 75% pengguna Weibo adalah golongan yang terdiri daripada Golongan “Millennial” yang berupaya melancong di luar negeri. 60% pengguna Weibo juga merupakan pelancong yang kerapkali merujuk
Weibo untuk destinasi pelancongan.

Melalui pelan promosi ini, Negeri Perak dapat didedahkan kepada OTP (online travel platform) dan platform utama di China seperti Ctrip, Tencent, Sohu, Sina, Tuniu dan sebagainya.

Kerajaan Negeri Perak berharap kerjasama dengan Michael Wong dapat mempromosikan destinasi pelancongan Negeri Perak dan menarik ramai lagi pelancong dari Asia Timur untuk melawat negeri Perak.

Ini juga merupakan usaha Kerajaan Negeri Perak menyahut saranan. Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir untuk mendapat sasaran lebih tinggi untuk mempromosikan Malaysia di negara lain termasuk rantau ASEAN, China, India, United Kingdom dan Jerman.

Sumber: Tourism Perak
Sumber: Tourism Perak
Sumber: Tourism Perak
Sumber: Tourism Perak

Sumber: Tourism Malaysia

Sumber : SiakapKeli