Stylus Dengan Rekaan Tongkat Sihir Dihasilkan Untuk Permua Harry Potter: Wizards Unite

Permua Harry Potter: Wizards Unite dilancarkan lebih sebulan yang lalu yang membolehkan pemain memenuhi fantasi menjadi seorang ahli sihir di dunia sebentar. Ia dibangunkan oleh Niantic Labs yang turut melancarkan permua popular Pokemon GO. Bagi peminat yang ingin benar-benar menyelami dunia Wizards Unite, stylus dengan rekaan seakan tongkat sihir telah dihasilkan.

Beberapa rekaan tongkat sihir dihasilkan oleh TheNiftyNiffler yang menjualnya menerusi laman Etsy. Terdapat rekaan seperti tongkat sihir Voldermort, Dumbledore, Harry Potter dan Ron Weasley. Kesemua diperbuat daripada logam dan dijual pada harga bermula dari RM38.52 sebatang. Sekiranya anda peminat tegar siri Harry Potter ini mungkin stylus yang boleh anda gunakan untuk bertarung di dalam dunia maya Wizards Unite.

Sumber : Amanz