Pengguna HTC U11+ Di Malaysia Kini Boleh Mengemaskini Peranti Kepada Android Pie

Peranti-peranti HTC tidak dinafikan adalah sebuah peranti yang agak baik. Sistem operasi yang digunakan iaitu HTC Sense adalah sebuah sistem operasi berasaskan Android dengan antaramuka yang menghampiri Android asli. Selepas HTC mengedarkan semula kemaskini Android Pie untuk HTC U11, kini giliran HTC U11+ pula.

Facebook HTC Malaysia telah menerbit yang pengguna Malaysia kini boleh mengemaskini peranti HTC U11+ mereka kepada Android Pie. Saiz kemaskini adalah 1.37GB dan mempunyai log perubahan yang sama sahaja dengan kemaskini untuk HTC U11. Untuk mengemaskini peranti anda, semak sahaja ‘System update’ di bahagian tetapan untuk muat turun OTA. Bagi pengguna HTC U11 pula, HTC Malaysia mengatakan yang kemaksini untuk pengguna Malaysia akan hadir tidak lama lagi.

Sumber : Amanz