(Video) Jakarta dilanda gempa bumi 7.4 magnitud

Jakarta dan beberapa wilayah berhampirannya dilaporkan mengalami gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud sekitar jam 8.30 malam tadi. 

Gegaran kuat itu dapat dirasai selama beberapa minit pada 7.05 (waktu tempatan) menyebabkan orang ramai panik lalu berlari keluar dari bangunan tinggi. 

Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia berkata, pusat gempa bumi itu dikesan berlaku di wilayah barat daya Sumur, Banten dan ia berpotensi mencetuskan tsunami. 


Sumber: Harian Metro, @AmichaiStein1

Sumber : TheReporter