Buat Macam ”Punch Bag”, Tular Video Lelaki ‘Tinju’, Aniaya Kambing Undang Kecaman Netizen

Sebelum ini kita menyaksikan tindakan tidak berperikemanusiaan beberapa individu yang menyeksa haiwan dengan memotong mulut dan hidung anjing serta memukul anak anjing sehingga mati.

Terkini, kejadian yang hampir sama berlaku di negara seberang, dipercayai terjadi di wilayah Medan berdasarkan cara percakapan individu di dalam video tersebut.

Sebuah akaun di Twitter dengan nama Rasyourbae berkongsi video tersebut di mana seekor kambing ‘ditinju’ oleh seorang lelaki.

Menurut sumber, kambing tersebut dikatakan mungkin telah mati akibat digantung atau dicekik berdasarkan keadaan haiwan berkenaan.

Tindakan pemuda tersebut mengundang kemarahan warga maya yang mengutuk tindakan bodoh tersebut.

Kasihat, penat ibu melahirkan, bila besar tak ada otak

Semoga mendapat balasan serupa di akhirat

Sesama binatang tidak boleh menyakiti

Nak viral saja, kelakuan seperti syaitan

Selain Allah Maha Pengampun, Allah juga seksa-Nya pedih

Sumber: Rasyourbae

Sumber : SiakapKeli