Terbelah Nampak Isi, Remaja Nyaris Hilang Jari Gara-Gara ”Screen Protector” Telefon Retak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Skrin retak seakan-akan menjadi perkara biasa bagi pengguna telefon pintar sehingga kebanyakan kita tidak lagi tergesa-gesa menukar pelindung skrin yang pecah.

Walaupun kelihatan tidak berbahaya, pelindung skrin yang terserpih ini sebenarnya membawa ancaman bagi pengguna.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Eishh Rayyania berkongsi kisah adiknya yang terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang isi yang terkena jangkitan kuman didakwa akibat terkena serpihan pelindung skrin.

Berikut adalah perkongsiannya.

Hati-hati kalian.

Dugaan buat adik Azuan Iqbal. Jari terkena jangkitan. Seminggu lebih menanggung sakit. Jari semakin bengkak dan bernanah. Pergi klinik berkali-kali pun tak baik-baik juga.

Sudahnya, kena rujuk ke hospital dan perlu menjalani pembedahan kecil. Doktor korek buang isi yang terkena jangkitan tu.

Puncanya, pelindung skrin retak. Dia pula kaki game. Asyik menghadap game je. Duduk slide telefon, kemungkinannya ada serpihan kaca dari pelindung skrin tu termasuk dalam jari.

Bila sudah lama-lama makin sakit, makin bengkak. Makan pain killer dan antibiotik pun tak lega-lega juga. Pergi klinik, doktor cucuk guna jarum untuk tengok ada nanah atau tak di dalam.

Kesan cucuk itu, akhirnya terkena jangkitan dan bernanah. Jari makin bertambah bengkak serta sakit. Pergi semula ke klinik, doktor rujuk terus ke hospital.

Puncanya sedikit sahaja, tapi kesannya kekal hingga ke akhir hayat.

Peringatan, kalau pelindung skrin dah retak tu terus la pergi tukar. Dan jangan asyik sangat dengan permainan mobile ni. Hahaha..

Semoga cepat sembuh adik.

Sumber: Eishh Rayyania

Sumber : SiakapKeli