Satu-Satunya Balai Polis Berbentuk Kubu Di Malaysia, Ini Rupanya Tujuan Ia Dibina

Setiap bangunan mempunyai konsep binaan yang tersendiri dengan ada diantaranya yang menggambarkan prinsip dan fungsi sesebuah jabatan melalui seni binaan tersebut.

Bertujuan untuk menentang komunis, Balai Polis Jeniang di Sik, Kedah menjadi satu-satunya balai polis di Malaysia yang dibina dengan bentuk kubu.

Balai yang dibina sejak 71 tahun lalu ini pada mulanya dinaungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gurun sebelum bertukar kepada IPD Sik, Kedah.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), keluasan pentadbiran balai itu merangkumi sejauh 180 kilometer persegi, meliputi tiga mukim yang kebanyakannya didiami oleh golongan petani iaitu Mukim Teloi, Jeneri dan Sok.

“Kini, balai tersebut dianggotai seramai 15 Anggota Pangkat Rendah yang diketuai oleh seorang Sarjan Mejar (SM) dan beralamat di Balai Polis Jeniang, 08200 Sik, Kedah. Balai ini boleh dihubungi melalui talian telefon: 04-4620306.”

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Sumber : SiakapKeli