(Video) Jerebu Dah Sampai Penang, Pemandangan Bandar George Town Dari Butterworth kabur Hari Ini

Orang ramai di pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak mula berdepan dengan masalah jerebu susulan daripada kebakaran hutan di lima wilayah di Indonesia. Malah bukan di Malaysia sahaja, negara jiran seperti Singapura juga akan terjejas terkena jerebu.

Tular satu video yang menunjukkan pemandangan bandaraya George Town dari Butterworth kabur berikutan jerebu yang mula melanda di negeri itu, hari ini.

Kebakaran hutan di Indonesia itu dikesan di Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.

Orang ramai juga diminta untuk menjaga kesihatan sepanjang fenomena jerebu ini berlaku.

Sumber: Bernama

Sumber : SiakapKeli