(Video) Budak 3 tahun diculik, dirogol 2 lelaki sebelum kepalanya dipenggal

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diculik sebelum dirogol bergilir-gilir dan kepalanya dipenggal. 

Difahamkan, mangsa yang sedang tidur tidak jauh dari ibunya, diculik suspek dari Stesen Tatanagar, bandar Jamshedpur, India, minggu lalu. 
Sebaik terbangun dari tidur menyedari anak perempuannya hilang, si ibu terus mencari dan melaporkan kehilangannya anaknya itu serta mengesyaki rakannya terlibat dalam penculikan itu.
Polis kemudian menemui mayat mangsa berhampiran balai polis dalam keadaan tanpa kepala. 
Susulan penemuan itu, polis menahan tiga suspek termasuk dua lelaki yang menculik mangsa kerana disyaki merogol dan membunuh kanak-kanak itu. 
Rinku Shah, salah seorang suspek, baru saja keluar dari penjara atas kesalahan menculik dan cuba membunuh kanak-kanak terbabit pada 2015. 
Dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, Rinku, bapa kepada tiga orang anak itulah yang menculik mangsa. 
Ketika disoal siasat, Rinku dan rakannya, Kailash memberitahu mereka merogol mangsa dan mencekiknya kerana mangsa menangis tanpa henti. 
Rakan kepada ibu mangsa, Mondu Mandal, juga ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemerdagangan kanak-kanak. 
Sumber: NST

Sumber : TheReporter