Terkini: Antara Hari Terburuk Dalam Sejarah, 20 Orang Terkorban Dalam Serangan Tembakan Di Pasaraya

Dua puluh orang telah terbunuh dan 26 lagi cedera dalam penembakan besar-besaran di bandar El Paso, Texas. Gabenor Texas, Greg Abbott menggambarkan tragedi berkenaan sebagai salah satu hari yang paling buruk dalam sejarah Texas.Kejadian tersebut berlaku di sebuah pasaraya Walmart berhampiran pusat membeli-belah.

Seorang lelaki berusia 21 tahun yang dipercayai sebagai pelaku telah ditahan. Suspek tersebut merupakan salah seorang penduduk di kota Allen, Dallas yang terletak kira-kira 650 kilometer (1,046km) di timur El Paso.

Gambar: AFP

Imej yang tertangkap oleh CCTV memaparkan seorang lelaki memakai T-shirt serta mengenakan pelindungan telinga sambil memegang senjata jenis assault rifle.

Menurut Gabenor, mereka sedang berusha untuk memaklumkan keluarga mereka yang telah terkorban. Beliau turut menekankan supaya masyarakat saling bersatu setelah kejadian ini.

Sementara itu, pihak polis masih menyiasat surat yang dipercayai telah ditulis oleh penyerang. Surat yang telah dikongsikan dalam sebuah forum atas talian menyatakan bahawa penyerang telah menjadikan komuniti Hispanic sebagai sasaran

Gambar: Las Vegas Sun

Ketua Polis El Paso,  Greg Allen berkata bahawa pihaknya menerima laporan tentang kejadian tembakan pada 10:39 waktu tempatan (16:39 GMT), dan pegawai penguatkuasa undang-undang tiba di sana dalam masa enam minit.

Lelaki berusia 21 tahun itu adalah satu-satunya suspek dalam serangan terbabit. Polis mengatakan bahawa tiada kejadian tembak-menembak berlaku untuk menangkapnya.

Allen menjelaskan bahawa keaadan di sana sungguh mengerikan dan Pihak Polis Daerah El Paso turut memuatnaik ciapan di laman twitter memaklumkan bahawa mereka sangat memerlukan bekalan darah ketika ini

Seorang saksi mengatakan bahawa dia dan suaminya terdengar bunyi tembakan dan lihat suasana di mana orang rmaai panik dan berlari ke sana sini. Ada di antara mereka yang berlari terjatuh ke lantai.

Berikutan kejadian itu, pihak pengurusan Walmart turut memuatnaik ciapan di laman twitter mereka:

“Kami sangat terkejut dengan kejadian tragis yang terjadi Cielo Vista Mall di El Paso. Kami berdoa untuk mangsa, komuniti dan rakan sekerja kami. Setakat ini, kami sedang berusaha bekerjasama dengan pihak berkuasa dan akan memaklumkan perkara yang perlu pada masa yang sesuai.”

Sumber: BBC

Sumber : SiakapKeli