“Akak, Saya Mintak Maaf Tapi…,” Wanita Ini Terima Surat, Nasihat Dari Pelajar Tahfiz

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita digalakkan untuk saling ingat-mengingati sesama manusia terutamanya untuk memberi kesedaran, peringatan mahupun menyampaikan nasihat.

Namun jika hendak menegur haruslah kena dengan caranya. Tidak perlu menghukum mahupun menghakimi apatah lagi memaki. Gunakan medium dan pendekatan yang sepatutnya, jangan sampai mengaibkan atau mengguris hati. Jika niat kita baik, Insyallah individu tersebut akan mengerti.

Semalam tular satu ciapan di twitter tentang seorang gadis yang menerima nota dari pelajar tahfiz. Menurut Siti Suzaida, kejadian itu terjadi ketika dia dan beberapa orang rakannya sedang berada di padang bola.

Ciapan yang mendapat lebih 10k ulang kicau dan 8.3k tanda suka dari pengguna twitter itu memuatkan beberapa keping gambar nota berkenaan yang tertulis:

Terbayang perilaku mulia pelajar tahfiz itu saat membaca ayat yang ditulisnya dengan begitu cermat, dimulakan dengan permohonan maaf untuk menggelakkan penerima berkecil hati.

Pelajar itu juga memasukkan hadith untuk menyokong segala hujahnya itu.

Tidak hanya teguran dan nasihat, pelajar tahfiz terbabit turut memberi cadangan apa yang perlu dilakukan oleh gadis itu untuk mendapat keredhaan Allah.

Tidak henti-henti mengucapkan kata maaf, pelajar tahfiz itu cuba meminta supaya gadis tersebut jangan salah faham tentang niatnya. Dia mengaku bahawa dirinya juga tak sempurna tapi itu tanggungjawabnya sebagai sesama manusia untuk menyampaikan kebaikan kepada semua.

Ciapan berkenaan mendapat pelbagai reaksi dan komen yang bersetuju dengan tindakan pelajar tahfiz itu.

Sekiranya kita berprasangka baik, maka baiklah jadinya

Allah hantar teguran dengan pelbagai cara

Moga terus berdakwah, jadi modal insan yang berguna kepada ibu bapa, guru-guru dan semua

Penggunaan bahasa yang baik, tidak lupa meminta maaf kerana bimbang akan mengguris hati sesiapa

Sumber: Siti Suzaida 

Sumber : SiakapKeli