Cari Rezeki Halal Demi Isteri Yang Terlantar Sakit, Netizen Doakan ‘Pak Cik Jual Ikan Masin’ Sentiasa Sihat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesiapa pun pasti sudah sedia maklum bahawa rezeki,  jodoh, ajal dan pertemuan sememangnya sudah ditetapkan sejak dari Luh Mahfuz lagi oleh Sang Pencipta. Tetapi sebagai manusia, semestinya semua punyai impian untuk dikurniakan kehidupan bahagia dan rezeki berlimpah-ruah.

Dan telah tercatat bahawa setiap seorang itu jalannya berlainan, caran memperoleh rezeki itu pun tidak sama. Apa yang pasti, semua perlu berusaha, redha dan tawakal untuk mendapatkan rezeki yang berkat.

Itulah yang diyakini oleh seorang warga emas berusia 64 tahun yang berjalan ke sana ke mari menjual ikan masin. Kisah mengenainya pernah tular sebelum ini di mana dia menceritakan kisah hidupnya yang meredah perjalanan sejauh 100 kilometer menaiki bas menuju ke Melaka Sentral semata-mata untuk mencari rezeki.

Lebih dikenali sebagai ‘Pakcik Jual Ikan Masin’ atau nama sebenarnya Md Zin Ahmad sebenarnya berasal dari Bukit Pasir, Muar, Johor dikatakan  akan membawa kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperolehinya dari Parit Jawa, Muar.

Ciapan Wardina yang mendapat lebih dari 15.5k ulang kicau itu ternyata meraih pelbagai reaksi dari warga twitter. Mereka sebak tatkala memikirkan walaupun dengan usia tersebut, pakcik itu masih tegar berusaha mencari rezeki untuk dirinya dan isteri yang terlantar sakit.

Malah ramai yang mendoakan kesihatan pakcik itu dan moga dia terus dimurahkan rezeki.

Tidak kurang, ramai yang mengaku bahawa mereka pernah bertemu dengan warga emas berkenaan.

Dari tahun 2016 masih mencari rezeki di sana

Pernah bertemu dia di Melaka Sentral

Dulu waktu jumpa, selalu berikan sedekah kepada pakcik tu

Dari tahun 2012 lagi nampak dia jual ikan kering, sampai sekarang masih meniaga semata-mata untuk cari rezeki

Rujukan

[1] Norizzah Baharudin. 2018. Keluar Pagi Balik Malam. Dicapai pada 4 Ogos 2019

Sumber: Aina Wardina 

Sumber : SiakapKeli