Google Fit Kini Boleh Memantau Data Corak Tidur Anda, Selain Sokongan Tema Gelap

Google Fit merupakan salah satu aplikasi memfokuskan data kecergasan dan kesihatan yang ditawarkan oleh Google. Ia boleh digunakan bersama sejumlah peranti kecergasan popular, termasuk Mi Band.

Google Fit

Terbaru, Google telah pun memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi berkenaan, yang hadir dengan beberapa ciri-ciri baru.

Salah satu yang menjadi fokus adalah keupayaan untuk memantau data corak tidur anda. Dengannya, kini anda boleh melihat graf corak tidur anda terus melalui aplikasi Google Fit, sekaligus membolehkan anda menguruskan corak tidur anda dengan lebih baik lagi.

Selain daripada itu, Google Fit kini turut menyertakan sokongan tema gelap – salah satu sokongan yang menjadi fokus ramai pihak akhir-akhir ini.

Bagi anda yang menggunakan Google Fit, anda boleh mengemaskini aplikasi anda bermula hari ini, dan menikmati ciri yang dibawakan ini.

Sumber : Amanz