(Ura-Ura) OnePlus Bakal Hadir Dengan OnePlus 7T Pro

OnePlus telah pun memperkenalkan OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro beberapa bulan lepas. Terkini, hadir desas-desus baru mengatakan pengeluar peranti berkenaan bakal memperkenalkan kemaskini dibawah siri-T tidak lama lagi.

Seperti ramai sedia maklum, OnePlus sering memperkenalkan kemaskini dibawah siri-T, yang mana menawarkan sedikit kemaskini kecil pada peranti mereka, sekitar selepas 6 bulan peranti asal diperkenalkan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah perkara baru yang bakal dibawakan oleh OnePlus 7T Pro kelak. Berkemungkinan besar, kita boleh melihat ia membawakan kemaskini cip pemprosesan Snapdragon 855+ yang baru bersama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut berkaitan OnePlus 7T Pro ini dalam masa terdekat.

Sumber : Amanz