Siri Kad Grafik ASUS Radeon RX 5700 Diperlihatkan – Akan Hadir Dengan Beberapa Model Menarik

Siri kad grafik AMD Radeon RX 5700 yang hadir dengan sistem penyejukan pihak ketiga dikatakan akan hadir bermula pertengahan bulan Ogos sehingga awal bulan September, dan beberapa pembina komponen sudahpun memperlihatkan rekaan-rekaan mereka.

Terkini ialah ASUS, yang telah memperlihatkan rekaan ASUS ROG STRIX RX5700 XT, disamping memperkenalkan dua model RX 5700 dan RX 5700 XT melalui siri TUF Gaming.

Kad grafik ASUS ROG STRIX RX5700 XT dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti sokongan dwi-BIOS, lampu dan suis RGB terbina, dan sistem penyejukan senyap tiga kipas dengan teknologi 0dB.

Kad grafik siri ASUS TUF Gaming pula dikatakan akan hadir dengan rekaan yang kurang menonjol, tetapi masih hadir dengan teknologi tiga kipas untuk menyejukkan komponen-komponen yang terbina didalamnya.

Sebelum ini, pihak ASUS telah mengumumkan dimana kad grafik siri Radeon RX 5700 oleh mereka akan tiba menjelang bulan September kelak, akan tetapi buat masa ini tarikh khusus dan tanda harga kad-kad grafik ini masih belum diumumkan lagi.

Sumber : Amanz