Huawei Dilaporkan Menguji Telefon Pintar Dengan Sistem Operasi Hongmeng

Huawei telah diperkatakan bakal hadir dengan sistem operasi mereka tersendiri sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Terkini, melalui laporan Reuters, ia diperkatakan yang mana Huawei telah pun menguji telefon pintar dengan sistem operasi Hongmeng, dan berkemungkinan dijual pada penghujung tahun ini.

Huawei

Pengenalan telefon dengan sistem operasi Hongmeng ini sekaligus dijangka membawa Huawei setapak kehadapan dan tidak lagi bergantung kepada sistem operasi Android keluaran Google. Sebelum ini, Huawei telah diancam daripada digunakan sistem operasi Android dari Google disebabkan oleh halangan perdagangan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Telefon pintar berkenaan dijangka akan ditawarkan pada harga mampu-milik, dan bukannya pada peranti mercu.

Sebelum ini, Huawei telah mengatakan Hongmeng lebih ditujukan kepada peranti berhubung (IOT), tetapi penggunaannya boleh diperluaskan kepada peranti-peranti lain. Televisyen keluaran Honor dijangka akan menjadi antara yang terawal menggunakan sistem operasi ini.

Sumber : Amanz