“Macam Ada Tasbih Di Tangan Tuanku”, Netizen Kagum Agong Berhenti Tepi Jalan Jenguk Mangsa Kemalangan

Sebelum ini kita menyaksikan sifat prihatin KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mendekati mangsa kemalangan ketika menghadiri persidangan di ….. . Setelah memastikan mangsa kemalangan berada dalam keadaan selamat, barulah baginda meneruskan perjalanan ke …..

Hari ini, Seri Paduka baginda sekali lagi mendapat pujian rakyat jelata apabila baginda menuruni kenderaan rasmi untuk memeriksa keadaan pemandu yang terlibat dalam kemalangan di susur berhampiran Istana Negara. Peristiwa ini dikongsi melalui laman Instagram rasmi Istana Negara.

“Dalam perjalanan ke Program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim. Baginda kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita. Daulat Tuanku.”

“Ada tasbih di tangan Tuanku”

Selain memuji sifat tuanku yang berjiwa rakyat, ada juga mereka yang ternampak tasbih di tangan tuanku ketika sedang bertanya khabar pemandu terlibat.

“Sedih melihat rakyat tidak tahu buat apa..”

“Mulianya hati Tuanku. Moga Allah rahmati raja kami dan seluruh keturunannya..”

“Alhamdulillah Malaysia dihadiahkan dengan seorang Agong yang suka dekatkan diri bersama rakyat..”

“Insan berhati baik.”

Sumber: Istana Negara

Sumber : SiakapKeli