Nio Dan Razer Bekerjasama Untuk Membina Kenderaan Elektrik Bertemakan Permainan Video – Nio ES6 Night Explorer

Di acara permainan video ChinaJoy yang berlangsung pada hujung minggu yang lalu, Nio, sebuah pembina kenderaan elektrik telah memperlihatkan sebuah kenderaan SUV yang dibina dengan kerjasama bersama-sama dengan syarikat aksesori permainan Razer.

Kenderaan tersebut, yang dinamakan Nio ES6 Night Explorer Edition ialah kenderaan SUV Nio ES6 yang diubahsuai untuk hadir dengan rekaan daripada Razer, seperti decal gentian karbon dengan logo Razer dengan caliper berwarna hijau.

Apa yang lebih menarik lagi ialah ES6 Night Explorer ini juga hadir dengan sistem pencahayaan RGB Razer Chroma didalamnya, bersama-sama dengan sistem audio THX Spatial Audio yang menjanjikan kualiti audio dalam kenderaan yang sangat baik.

Menurut Nio, hanya 88 buah SUV Nio ES6 Night Explorer Edition ini akan dibina, dan pra-tempah untuk kenderaan ini sudahpun dibuka kepada awam pada harga RMB467,800 (~RM280,000).

Sumber : Amanz