(Video)Unik, Lembu Dibela Atas Bumbung Bangunan, Hanya Diturunkan Ketika Korban Raya Haji

Pada Ahad, 11 Ogos ini, seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji serta Hari Raya Korban.

Tidak kisahlah apa yang kita gelarkannya, namun umat Islam yang berkemampuan disunatkan untuk melakukan ibadah korban pada perayaan ini.

Di Malaysia, haiwan-haiwan seperti lembu, kambing, unta dan kerbau sering menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai haiwan korban.

Bukan sahaja di sini, haiwan-haiwan ini juga ‘popular’ di negara-negara Islam lain seperti Pakistan.

Bercakap mengenai Pakistan, ada satu keistimewaan yang terdapat di negara itu mengenai haiwan ternakan.

Penternak di sana, terutamanya di Karachi, lebih suka untuk membela haiwan ternakan terutamanya lembu di atas bumbung bangunan.

Foto: YouTube

Ya, dan apabila tiba musim perayaan Aidiladha, lembu-lembu ini akan dibawa turun menggunakan kren.

Lembu-lembu ini akan diikat dengan rapi pada kren terlebih dahulu sebelum dibawa turun untuk dihantar ke pasar jualan selepas itu.

Foto: YouTube

Menurut sumber, penternak terpaksa memelihara haiwan mereka di atas bumbung bangunan disebabkan populariti mereka yang terlalu padat serta kekurangan tanah yang sesuai untuk dijadikan kawasan ternakan.

Perkara ini adalah unik dan sangat sukar untuk dilihat di negara lain jadi sekiranya anda berada di Karachi satu hari nanti, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri aktiviti ini di depan mata.

Sumber: Daily Mail, YeniSafak

Sumber : SiakapKeli