Askar Melayu Kental Tertusuk Benet, Seragam ‘Disemadikan’ Buat Tatapan Rakyat

Masih ingatkah anda dengan satu kisah yang membuktikan semangat kental seorang askar untuk terus berada di dalam baris perbarisan tentera walaupun mengalami kecederaan? Kisah yang berlaku pada tahun 2008 itu berjaya membuktikan semangat kental dan disiplin ketenteraan yang tinggi berada di dalam diri anggota tentera tersebut.

Anggota Batalion Keenam RAMD, Lans Koperal Zamri Md Sood mengalami kecederaan setelah lengan kirinya tertusuk dengan benet senjata M-16 rakannya ketika melakukan rusuk senjata dalam perbarisan perarakan keluar padang Panji-Panji Rejiman lama. Luka yang dialami olehnya dipercayai sedalam enam sentimeter pada bahagian lengan kiri.

Walaupun lengannya telah dipenuhi dengan darah, anggota tentera tersebut tekad untuk berada di dalam baris selama hampir dua jam sehingga akhir upacara Penggantian Warna Regimental.

Semangat juang yang dipamerkan oleh anggota tentera tersebut telah mengagumkan ramai pihak yang berpendapat bahawa anggota tersebut sangat cekal dalam tugasnya. Perkara ini dapat dilihat menerusi reaksi yang diberikan oleh rata-rata warganet.

Bagi memperingati dan mengenang pengorbanan anggota tentera tersebut, pakaian yang digunakan semasa kejadian tersebut dipercayai masih disimpan di dalam muzium.

“Darah dia bernilai untuk beribu nyawa”

Sumber: Amadasan

Sumber : SiakapKeli