Jabatan Meteorologi Keluar Nasihat Ribut Tropika

Kuala Lumpur : Ribut Tropika (Lekima) kini berada kira-kira 908 kilometer (km) ke Timur Laut Luzon, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan pergerakan ribut tropika itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia.

Berdasarkan pencerapan pada 5 petang tadi, jarak ribut itu dari bandar terdekat di negara ini ialah kira-kira 1,914 km ke timur laut Sandakan, Sabah.

Sumber : Bernama

Sumber : SiakapKeli