Murninya Hati Cikgu, Pelajar Tak Perlu Bayar Yuran Sekiranya Lakukan Perkara Ini

Ketika orang ramai dirungsingkan dengan masalah sampah plastik yang semakin rumit, tapi sekolah di India ini mempunyai pendekatan sendiri untuk menyelesaikan masalah ini.

Sekolah Askhar di Dispur, Assam State, India, menjadikan sampah plastik sebagai syarat untuk menggantikan yuran sekolah.

Dikutip dari Kompas dan AFP, pada Ahad lalu, (4 Ogos), setiap minggu, seramai 110 pelajar disekolah akan membawa 20 barang sampah plastik yang dikumpulkan dari rumah atau di kawasan sekitar mereka.

Projek sekolah tersebut diasaskan oleh satu pasangan suami isteri iaitu, Mazin Mukthar dan Parmita Sarma.

Parmita Sarma mendedahkan bahawa sampah plastik kini sangat berleluasa di Assam, maka dari itu, dia dan suami berfikir dengan menggunakan sampah plastik ini sebagai pengganti kepada yuran sekolah.

Sebelum menggunakan sampah plastik sebagai yuran sekolah, sekolah itu pada awalnya adalah percuma hingga penghujung tahun lalu.

Dasar penggunaan sampah plastik sebagai pengganti yuran sekolah akhirnya dilaksanakan setelah mendapat persetujuan dari ibu bapa pelajar.

“Kami memberitahu (ibu bapa), untuk menghantar sampah plastik ke sekolah sebagai yuran sekolah jika mahu anak-anak mereka belajar disini secara percuma,” Terang Mukthar.

Di samping itu, ibu bapa juga harus membuat persetujuan untuk tidak membakar sampah plastik.

Kini, pelajar sudah mula meminta sampah plastik dari rumah ke rumah dan ini sekaligus dapat meningkatkan kesedaran masyarakat sekitar.

Sebuah badan bukan kerajaan tempatan, Environ, mendedahkan bahawa Dispur saat ini menghasilkan 37 ton sampah setiap hari, peningkatan tujuh kali ganda selama 14 tahun lalu.

“Sebelumnya, kami membakar plastik dan tidak tahu bahawa gasnya itu berbahaya terhadap kesihatan dan alam sekitar.” Kata Menu Bora, salah seorang ibu bapa pelajar.

Sampah plastik yang dikumpulkan dari pelajar ini, kemudiannya akan digunakan untuk membuat bata ramah yang turut melibatkan pelajar sekolah juga.

Caranya adalah dengan memasukkan plastik sampah ke dalam botol plastik untuk membuat bata mesra alam. Bata ini kemudiannya digunakan untuk membina bangunan sekolah, tandas dan bangunan-bangunan yang lainnya.

Para pelajar ini juga dibayar untuk melakukan kerja. Ini selaras dengan tujuan lain sekolah, iaitu mengeluarkan kanak-kanak dari bekerja di kuari batu tempatan.

Sebahagian besar pelajar di sekolah Askhar itu berasal dari golongan yang kurang bernasib baik.

Namun, berkat dari projek sekolah ini, para ibu bapa dapat menghantar anak-anak mereka kembali ke sekolah.

Sumber: Tribunnews

Sumber : SiakapKeli