Google Menamatkan Penawaran Aplikasi Google Trips

Google sebelum ini telah menawarkan aplikasi Google Trips yang memudahkan pengguna untuk membuat catittan berkenaan sesuatu percutian, selain menjadi aplikasi setempat yang menghimpunkan pelbagai informasi berkaitan percutian anda – termasuk berkaitan penerbangan dan juga hotel.

Walaubagaimanapun, bermula hari ini, aplikasi berkenaan tidak lagi ditawarkan, dan telah ditamatkan.

Google Trips

Google mengatakan pengguna kelak boleh menguruskan percutian mereka melalui halaman carian mereka terus, termasuk melalui Google Maps.

Bagi anda yang menggunakan Google Trips, mungkin boleh melihat kepada beberapa alternatif lain yang menawarkan ciri lebih kurang sama, termasuk salah satu yang popular adalah TripIt.

Sumber : Amanz