Banduan pedofilia dibelasah dilemaskan dalam mangkuk tandas oleh rakan satu selnya

Seorang banduan (pedofilia) dilaporkan lemas di Penjara Florida selepas dibelasah teruk oleh rakan satu selnya, lapor New York Post
Mangsa, David Oseas Ramireze, 56, ditemui mati di selnya Selasa lalu selepas dibelasah dan dilemaskan dalam mangkuk tandas. 
Difahamkan, David dipenjarakan kerana mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun selepas juri pada tahun 2013 mendapati dia bersalah di atas pertuduhan itu. 
Kejadian itu disaksikan oleh rakan selnya yang ketiga dan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam sel tersebut. 
Pelaku, Paul Dixon, 43, ditahan kerana membunuh David. Paul dipenjara seumur hidup kerana melakukan jenayah membunuh ketika dia berusia 17 tahun. 

Sumber : TheReporter