Jaga-Jaga, Ramai Tak Tahu Boleh Kena Denda Jika Muatan Dibawa Kenderaan Jatuh Atas Jalan

Kegagalan menutup muatan kenderaan seperti lori dan kereta pikap boleh membawa kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Objek yang jatuh daripada kenderaan berisiko menghempap kenderaan di belakang lori seterusnya boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi amaran kepada semua pemilik yang menggunakan kenderaannya untuk mengangkut barang supaya menutup barangan yang dibawa dengan rapi.

Pemandu akan dikenakan denda RM 300 sekiranya gagal berbuat demikian sehingga menyebabkan muatan terjatuh ke jalan raya.

Sumber: PDRM

Sumber : SiakapKeli