Unifi Riders Ingin Menawarkan Khidmat Bantuan Teknikal Sepantas 2 Jam Daripada Penerimaan Aduan

Pada hari ini, menjadi kebiasaan untuk ia mengambil masa beberapa hari daripada tarikh sesuatu aduan dibuat sebelum khidmat bantuan teknikal dihantar ke rumah anda. Telekom Malaysia dilihat ingin mengubah perkara berkenaan, dan membawa sebuah cabaran baru dalam arena industri telekomunikasi.

TM Unifi Riders

Diumumkan hari ini, Unifi mengatakan mereka menyasarkan untuk menawarkan khidmat bantuan teknikal sepantas 2 jam daripada masa penerimaan aduan – sekaligus membolehkan sesuatu masalah teknikal yang dihadapi seseorang pengguna diatasi dengan pantas. Hal ini sekaligus akan menawarkan pengalaman penggunaan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

TM akan menguji perkhidmatan baru ini di sekitar lima kawasan bermula Oktober 2019 ini, iaitu di Shah Alam, Bangsar, Pantai Dalam, Johor Bahru, Butterworth dan juga Georgetown.

Perkhidmatan bantuan teknikal ini akan ditawarkan secara percuma sehingga penghujung tahun ini.

Sumber : Amanz