Celcom Mengesahkan Galaxy Note 10 Berharga Bermula RM3699 – Pra-Tempahan Bermula Esok

Celcom hari ini telah mula berkongsi pelan penawaran untuk Galaxy Note 10 dan juga Galaxy Note 10 Pro. Melalui perkongsian pihak Celcom, mereka memperlihatkan yang mana Galaxy Note 10 akan ditawarkan pada harga RM3699, sementara Galaxy Note+ pula akan ditawarkan pada harga bermula RM4199. Galaxy Note 10+ versi 512GB pula ditawarkan pada harga RM4799 untuk pasaran tempatan.

Celcom akan memulakan pra-tempahan untuk Galaxy Note 10 bermula 8 Ogos 2019 hingga 18 Ogos 2019 ini, dan peranti akan diterima pengguna pada 22 Ogos 2019 kelak.

Celcom memperlihatkan yang mana pra-tempahan Galaxy Note 10 256GB akan menerima Galaxy Buds, jaminan tambahan setahun, dan juga 1 Samsung Battery Pack.

Galaxy Note 10 Celcom

Celcom turut memperlihatkan yang mana Galaxy Note 10+ akan menerima naik-taraf kepada variasi 512GB bagi pra-tempahan, selain menawarkan jaminan tambahan 1 tahun dan juga 1 Samsung Battery Pack.

Celcom Galaxy Note 10

Spesifikasi penuh peranti ini masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan diumumkan pihak Samsung secara rasminya pada esok.

Sumber : Amanz