Google Chrome Menguji Fungsi Papan Keratan Rentas-Platform

Fungsi salin dan tampal ini berada dalam satu kategori, iaitu papan keratan (clipboard). Apa yang kita salin segalanya tersimpan dalam papan keratan ini dan apa yang kita tampal adalah daripada data yang papan keratan simpan. Papan keratan berfungsi pada satu platform sahaja, contohnya jika anda gunakan pada Windows (PC) anda tidak boleh tampal pada Android atau komputer riba.

Untuk menggunakan papan keratan secara rentas platform, kita perlu gunakan perisian tambahan seperti Pushbullet. Kini, Google dilihat sedang menguji fungsi papan keratan yang boleh digunakan secara rentas-platform. Ini bermakna jika anda salin sesuatu pada Chrome di Windows, anda boleh tampal pada Chrome di Android. Fungsi ini dinamakan sebagai ‘Shared Clipboard‘.

Funsgi ini akan memudahkan kerja-kerja dokumen, bagi pengguna Google Docs, Sheets, Slides. Secara tidak langsung akan memudahkan pengguna ChromeOS juga. Disebabkan ini adalah ujian awal, ia hanya boleh dicuba menggunakan Chrome Canary sahaja. Kemudian pengguna perlu mengaktifkan flag di bawah untuk menggunakannya.

chrome://flags#shared-clipboard-receiver

chrome://flags#shared-clipboard-ui

Sumber : Amanz