Google Docs, Sheets Dan Slides Untuk Android Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu

Google Docs, Sheets dan Slides adalah aplikasi pejabat tersendiri daripada Google. Docs adalah seakan Microsoft Words, Sheets pula seakan Excel dan Slides adalah Power Point. Ia bukan sahaja berada dalam bentuk aplikasi untuk iOS atau Android, tetapi turut mempunyai aplikasi web yang mudah diakses oleh pengguna.

Baru-baru ini, Google telah memberi nafas baru pada ketiga-tiga aplikasi ini dengan rekaan antaramuka baharu. Rekaan ini adalah Material Design baharu, yang mana mirip dengan banyak rekaan aplikasi Google lain. Ia lebih segar, kemas, sedap mata memandang, tulisan dengan font Google Sans dan banyak lagi. Kemaskini ini adalah lebih kepada antaramuka laman utama, jadi apabila melakukan kerja-kerja menaip, pembentangan atau memasukkan nombor – antaramukanya masih lagi sama.

Kemaskini ini dilihat diedarkan secara global kepada semua pengguna melalui Google Play Store. Untuk pengguna iOS, tiada sebarang berita yang diberikan.

Muat Turun Google Docs Di Play Store

Muat Turun Google Sheets Di Play Store

Muat Turun Google Slides Di Play Store

Sumber : Amanz