‘Dia panggil saya perempuan sundal’ – Cashier nafi mulakan pergaduhan

Susulan viral video juruwang kedai Ninso Batu Pahat bergaduh dengan pelanggan yang mendakwa dia bersikap kurang ajar, pekerja terbabit tampil memberikan penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku. 
Menurut gadis itu, pelanggan terbabit yang memulakan pergaduhan itu dengan bertindak merakam dan memanggilnya sebagai perempuan sundal. Sedangkan dia sudah memberikan layanan yang baik kepada wanita itu. 
ASSALAMUALAIKUM dan hi. Saya staff yang dalam video viral itu. Saya minta maaf atas tingkah laku saya yang agak kurang ajar di dalam video tersebut dan saya akan terangkan punca kejadian di mana pada waktu itu saya sedang melayan pelanggan yang beratur di kaunter saya. 
Kemudian makcik ini datang dekat saya minta tolong ambil Squishy tersebut. Saya akur dan ikut kehendak dia. Selepas menyerahkan suqishy tersebut, saya serve customers macam biasa. 
Selang dua customer, dia minta tukar yang lain, saya tukarkan juga sebab alang-alang squishy itu di belakang saya. 
Saya serve customers macam biasa. Kemudian makcik itu tiba-tiba minta saya ambil squishy yang lain. Saya jawab elok saja, tak ada pun nak meninggikan suara. 
“Sekejap ye kak, saya nak serve customers yang lain dulu.” 
Lagipun dia tak beratur, jadi dia bukan priority saya. 
Sampai dekat customers yang terakhir, saya tanya dia “Akak nak key chain yang mana?” 
“Awak bawa turun keychain itu semua, senang saya nak pilih. Saya dah lama tunggu kat sini,” katanya dengan nada suara yang tinggi. 
Pada awalnya nak bersikap positif jugalah, mungkin salah saya sebab serve dia lambat. Saya husnudzon saja. Bila saya pergi ambil kerusi nak panjat ambil squishy tersebut, saya tengok dia dah keluarkan phone nak merakam saya. Saya jadi pelik kenapa dia bertindak sampai begitu sekali. Had kesabaran saya pun ada batasnya. 
Dalam video itu memang saya maki hamun dia sebab dia panggil saya perempuan sundal. Saya tiada niat nak baling board itu kalau dia tak rakam saya. Jatuh maruah saya bila dia viralkan aib saya tersebut. 
Semalma kami berjumpa di antara saya, mak saya dan manager saya dalam sesi minta maaf. Tapi itulah, dia boleh buat cerita yang saya nak tendang dia. Kawan-kawan saya jadi saksi yang dia panggil saya perempuan sundal and so on. 
Masa berbincang semalam pun dia masih nak menang dan ayah dia pun tak nak dengar cerita dari pihak saya. Mak saya banyak kali minta tolong dia delete video tersebut. Tapi dia main tarik tali sebab dah 800+ yang share video itu. 
Dia banyak putar beli cerita, buat report pun banyak putar belit cerita. Saya malas nak cakap banyak kalau dia nak burukkan saya lagi, teruskan. Allah ada dengan saya. Saya tak takut orang nak kata apa pada saya. 
Sumber: @fhsbrn
LAPORAN BERKAITAN

Sumber : TheReporter