Spotify Untuk Podcaster Dilancarkan – Memudahkan Penerbit Kandungan Melihat Data Pendengar

Spotify hari ini telah pun melancarkan Spotify untuk Podcasters, iaitu sebuah laman sehenti khusus untuk penerbit podcast atau kandungan berbentuk audio. Melalui laman sehenti ini, selain memudahkan penerbit kandungan menghantar kandungan mereka untuk diterbitkan di Spotify, ia juga turut membolehkan penerbit kandungan untuk melihat dan memantau data-data berkaitan pendengar mereka.

Melalui laman berkenaan, penerbit kandungan dengan mudah boleh lebih mengenali pendengar mereka, sekaligus memudahkan lagi mereka mengoptimasikan kandungan yang bersesuaian dengan pendengar.

Spotify TZKRH

Spotify untuk Podcaster ini telah diuji dalam bentuk beta sebelum ini, dan hari ini ia telah dilancarkan secara rasmi untuk diakses oleh semua penerbit podcast seluruh dunia.

Bagi anda yang menerbitkan kandungan berbentuk audio, anda boleh ke laman Spotify untuk Podcaster, dan melihat data-data berkaitan pendengar anda.

Layari : Spotify untuk Podcaster

Sumber : Amanz