5 pemotong rumput maut dirempuh Myvi di Songkhla

Lima pemotong rumput maut dirempuh Myvi yang dipandu seorang wanita warga Malaysia di Songkhla, lapor Harian Metro
Dalam kejadian yang berlaku pada jam tiga petang tadi di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum, kesemua mangsa sebelum itu sedang berehat selepas memotong rumput di kawasan tersbeut. 
Namun malang tak berbau, kesemua mangsa dirempuh Perodua Myvi terbabit.
Mangsa, Chaikaew, 53, Witchaya Thongma, 51, Somporn Sawatdiraksa, 54, Theerawut Mongkhol, 37, dan Wirat Semkhai, 3, manakala Bamreur Ketmoon, 56, dilaporkan parah. 
Ketua Penyiasat Balai Polis Rattaphum Thew Daoruang berkata, kereta Myvi dipandu wanita berusia 31 tahun dari Kelantan yang juga dinaiki dua penumpang wanita lain (warga Malaysia) dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Hat Yai.
Ketiga-tiga mereka dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan. 
Siasatan awal mendapati, Myvi itu melanggar sesuatu menyebabkan kenderaan Myvi itu hilang kawalan lalu merempuh kesemua mangsa. 
Sumber: Harian Metro

Sumber : TheReporter