Oppo Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar Tersendiri

Jam tangan pintar semakin popular dari tahun ke tahun. Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar yang memfokuskan kepada penawaran jam tangan pintar tersendiri seperti Apple, Samsung, Huawei dan sebagainya.

Selain daripada mereka, kini pihak Oppo turut mengatakan mereka sedang membangunkan jam tangan pintar tersendiri. Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal, dan dijangka dilancarkan seawal tahun hadapan.

Oppo sebelum ini pernah hadir dengan gelang tangan pintar dengan panel skrin sedikit besar seumpama jam tangan. Berkemungkinan jam tangan pintar baru yang sedang dibangunkan akan menawarkan sokongan lebih banyak, selain penawaran ciri dan juga aplikasi menarik bersama dengannya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada jam ini akan berasaskan Wear OS atau menggunakan sistem operasi tersendiri.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut berkenaan penawaran jam tangan pintar daripada Oppo ini.

Sumber : Amanz