WhatsApp Beta Untuk Android Menguji Ciri Nyah-Kunci Berasaskan Pengimbas Cap Jari

WhatsApp Beta untuk Android kini telah memperkenalkan sebuah ciri baru pada aplikasi permesejan berkenaan, membolehkan pengguna untuk mengunci aplikasi berkenaan dengan menggunakan cap jari.

Ciri ini disokong pada peranti yang mempunyai pengimbas cap jari sahaja, dan diuji dalam bentuk beta.

WhatsApp Beta Cap Jari

Sekiranya pengguna mengaktifkan ciri ini, mereka akan diperlukan untuk menggunakan cap jari untuk nyah-kunci WhatsApp. Anda turut diberikan pilihan untuk mengunci aplikasi berkenaan secara automatik selepas 1 minit – sekaligus mengelak pengguna lain mengakses dan membaca mesej anda. Untuk mengaktifkannya, pengguna perlu ke Settings > Account > Privacy > Fingerprint Lock.

Buat masa ini, ciri ini diuji pada peringkat beta sahaja, dan mungkin diperkenalkan kepada semua pengguna dalam masa terdekat.

Sumber : Amanz