Realme Memperlihatkan Kemampuan Zum Realme 5 Pro

20 Ogos ini Realme akan melancarkan peranti baharu mereka, Realme 5. Realme melangkau Realme 4 dan akan terus menggunakan nama Realme 5 sebagai peranti utama mereka. Realme 5 dan Realme 5 Pro akan menjadi peranti Realme pertama dengan penggunaan empat-kamera di belakang.

Setakat ini ia disahkan menunggunkan sensor 48-Megapixel Sony IMX586. Sistem empat kamera akan menyokong lensa sudut lebar, lensa sudut ultra lebar 119 darjah, sensor khas untuk fotografi makro dan sensor yang mengesan kedalaman. Peranti ini dilihat tidak akan menyertakan lensa zum optikal, tetapi Realme mengacah yang peranti mereka boleh sahaja mengambil gambar jarak jauh tanpa sebarang masalah.

Peranti ini dijangka akan dijana dengan Snapdragon 712, menggunakan skrin AMOLED dan juga menyertakan pengimbas cap jari bawah skrin. Kita hanya akan tahu lebih lanjut mengenai peranti ini pada 20 Ogos ini.

Sumber : Amanz