Spotify Membuang Sokongan Widget Pada Android

Pagi tadi terdapat satu berita baik buat pengguna Spotify pada platform iOS. Spotify dan Apple akan bekerjasama untuk meningkatkan kemampuan intefrasi aplikasi mereka dengan Siri. Tetapi untuk Android, duka cita dimaklumkan terdapat berita buruk. Spotify telah membuang sokongan Widget.

Widget Spotify bukanlah satu fungsi yang paling menarik. Tetapi ia memudahkan ramai pengguna, dengan kemampuan menjeda muzik, melangkau, kembali atau juga melihat album art yang dimainkan. Menurut Spotify, tujuan mereka membuang sokongan widget ini adalah untuk menjadikan pengalaman penggunaan aplikasi Spotify lebih baik. Dalam komuniti Spotify ramai yang berasa kecewa dan apabila pengguna mencadangkan untuk Spotify kembalikan sokongan widget ini, Spotify memberitahu yang sokongan ini berada dalam status ‘bukan sekarang’.

Bagi yang ingin akses pantas Spotify, ia masih lagi boleh dilakukan melalui talam notifikasi dan juga kunci skrin apabila muzik dimainkan. Saya tidak begitu hiraukan ketiadaan fungsi ini kerana saya kerap menggunakan pembantu digital dan juga alat kawalan pada aksesori audio saya. Anda pula bagaimana?

Sumber : Amanz