Ber “makan tidur” di Timor Leste: Pengorbanan ATM di Negara Asing

Tahun
2006 mempunyai kisah yang menarik untuk menjulang maruah anggota-anggota
tentera negara. Sementara negara-negara lain di Asia Tenggara menghadapi
pergolakan, Malaysia masih kekal relevan, stabil dan membangun. Sementara itu,
Angkatan Ketenteraan Diraja Thailand telah menggulingkan kerajaan Thaksin
Shinawatra. Ketenteraan Fiji juga telah menggulingkan Frank Bainimarama. Dan
satu lagi negara yang bergolak ialah Timor Leste.

Pada
24 April 2006, bekas-bekas tentera dan orang-orang awam telah melaksanakan
protes di ibu negara Dili. Pada awalnya protes ini aman. Namun apabila sebuah
pasar diserang, bermulalah detik hitam bagi sejarah negara tersebut.
Bekas-bekas tentera ini turut bertempur dengan pasukan-pasukan FDTL yang
menggunakan peluru hidup sekaligus mencetuskan kekecohan dalam sebuah komuniti
21,000 orang.

Lebih
daripada seminggu kemudian, Mejar Alfredo Reinado dan 20 anggota dalam
platunnya telah menyertai barisan yang dikatakan memberontak. Turut dibawa
bersamanya ialah dua lori penuh dengan senjata api dan peluru hidup. Kota Aileu
dijadikan pusat operasi. Sehari kemudian iaitu 5 Mei 2006, Presiden Xanana
Gusmao diseru supaya memecat Perdana Menteri Mari Alkatiri dan membubarkan FDTL
dalam tempoh 48 jam.

Dalam tempoh beberapa minggu seterusnya, kekecohan tetap diteruskan. Rumah dan kereta dib*k*r sekaligus mencetuskan krisis pelarian yang mana sebuah konven Katolik memberikan bantuan kepada seramai 7,000 orang. Pada 8 Mei pula, seorang anggota polis gugur apabila 1,000 orang merusuh sebuah pejabat kerajaan yang mana Mari Alkatiri mengisytiharkan tindakan ini sebagai usaha rampasan kuasa.

Melihat
kekecohan ini, Australia merancangkan sebuah usaha bernama Operasi Astute.
Turut dianggotai Malaysia, tujuan operasi ini sebenarnya bermotifkan untuk
mengembalikan kestabilan di Timor Leste. Malaysia menghantarkan sebuah pasukan
komando yang dipilih daripada Briged Paratrooper ke-10 di Melaka dan Johor.
Mereka diletakkan dibawah Kolonel Ismeth Nayan Ismail yang selama ini memang
tidak makan tidur semata-mata.

Menjelang
23 Jun, angka tentera Malaysia di Timor-Leste telahpun berkembang. Dua kapal
tentera laut iaitu KD Mahawangsa dan KD Sri Indera Sakti turut membawa
kenderaan berperisai. Malah pasukan ini juga telah diajar bertutur dalam bahasa
tempatan supaya boleh memperkenalkan diri mereka sebagai pembela keamanan.
Sebaik sahaja mereka tiba, wira-wira ini menekankan keselamatan bagi
pusat-pusat kedutaan, pelabuhan, stesen-stesen janakuasa, depot-depot minyak
dan hospital.

Golongan
yang “tidak pernah menembak” ini juga telah diminta Presiden Xanana supaya
menjaga sempadan agar rakyatnya tidak lari ke Indonesia. Tetapi itulah
tentera-tentera Malaysia tidak pandai menembak. Maka mereka malas untuk
laksanakannya (sarcasm). Dalam bulan Jun yang sama, Malaysia juga merancang
untuk hantar 250 anggota ke Timor Leste. Mereka terdiri daripada
pegawai-pegawai polis. Berbeza dengan angkatan ketenteraan, pihak polis ini
pandai menembak (sarcasm juga).

Operasi Astute turut dianggotai New Zealand dan Portugal selain Australia dan Malaysia. Kedatangan mereka tidak sekelip mata memulihkan keadaan. Sebaliknya Operasi Astute hanya tamat pada 25 Mei 2013 lama selepas Alfredo Reinado dibunuh dan Gastao Salsinha dijatuhkan hukuman penjara.


Ekonomi Timor Leste
tidaklah semegah seperti negara-negara jiran. Walaupun berkembang sejak 2011,
rakyat mereka masih lagi sengsara dalam kemiskinan tegar. Hidup mereka ibarat
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pula mengharapkan hasil
pertanian. Pengeksportan komoditi Timor Leste iaitu kopi, marmar dan kayu
cendana pun atas keringat mereka. Sebanyak 9,000 tan kopi, 108 tan kayu manis
dan 161 tan koko telah dituai untuk pengeksportan bersama petroliam juga.

The post Ber “makan tidur” di Timor Leste: Pengorbanan ATM di Negara Asing appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots