Samsung Galaxy Note10 – Menguasakan Hari Anda Sepenuhnya!

Samsung Galaxy Note10 merupakan iterasi terbaru daripada Samsung dalam keluarga Galaxy Note10. Telefon pintar memfokuskan kepada produktiviti ini kini meneruskan legasi dengan penawaran pelbagai ciri-ciri baru yang menarik, sekaligus membolehkan Galaxy Note10 menjadi hanya satu peranti yang diperlukan untuk pelbagai tugasan dalam sesuatu hari.

Galaxy Note10 – Prestasi Yang Sangat Mengagumkan

Samsung Galaxy Note10 hadir dengan prestasi operasi yang mengagumkan – dimana ia hadir dengan cip Exynos terbaru daripada Samsung berasaskan 7nm, sekaligus menawarkan kuasa prestasi yang sangat berkuasa, dan penggunaan tenaga sangat efisien. Galaxy Note10 juga hadir dengan memori yang tinggi untuk menawarkan pengalaman penggunaan peranti yang lancar.

Dengan penawaran ini, ia bukan sahaja menjadikan Galaxy Note10 sesuai untuk tugasan biasa, tetapi ia juga boleh digunakan untuk tujuan produktiviti yang lebih mencabar, termasuk untuk penyuntingan video, menggunakannya sebagai komputer melalui Samsung DeX, serta sejumlah fungsi menarik lain.

Samsung Galaxy Note 10

Galaxy Note10 – Storan Besar, Tidak Lagi Perlu Padam Sebarang Media

Menjadi kebiasaan dalam tugasan harian dimana kita perlu memuat-turun pelbagai dokumen, merakamkan pelbagai video, gambar dan sebagainya. Jikalau sebelum ini anda perlu risau untuk memadam sesuatu dokumen kerana tidak mencukupi ruangan storan, perkara berkenaan bukan lagi suatu masalah pada Galaxy Note10.

Galaxy Note10+ hadir dengan storan sehingga 512GB, sekaligus membolehkan anda menyimpan pelbagai media, mahupun memuat-turun dan memainkan pelbagai jenis permainan tanpa risau tidak mencukupi storan seperti pada peranti-peranti lain.

Galaxy Note10 – Bateri Sepanjang Hari

Dengan menggunakan Samsung Galaxy Note10 juga, kini anda tidak lagi perlu risau peranti anda tidak mencukupi tenaga bateri pada pertengahan hari. Sebaliknya, dengan bateri berkapasiti sehingga 4300mAh, selain dijana cip 7nm, ia membolehkan Galaxy Note10 digunakan sepanjang hari tanpa risau bateri akan habis pada pertengahan hari.

Galaxy Note10 – Berkongsi Tenaga Bateri Dengan Yang Lain

Samsung Galaxy Note 10

Dengan penawaran bateri bersaiz besar, bukan sahaja anda boleh menggunakannya sepanjang hari, tetapi anda juga turut boleh mengecas peranti milik rakan-rakan anda secara nirwayar, atau hanya perlu meletakkan beberapa aksesori seperti fon telinga nirwayar dan sebagainya dibelakang Galaxy Note10, dan ia akan mengecas peranti berkenaan menggunakan tenaga daripada Galaxy Note10.

Galaxy Note10 – Pengecasan Pantas, Dengan Sokongan 45W

Samsung Galaxy Note 10

Samsung Galaxy Note10 hadir dengan ciri Super Fast Charging, membolehkan anda mengecas Galaxy Note10+ hanya selama 30 minit, dan terus menggunakan ia untuk sepanjang hari tanpa masalah. Menariknya lagi, ia juga hadir dengan sokongan pengecasan 45W untuk pengecasan yang sangat laju jikalau dibandingkan dengan pelbagai peranti dipasaran hari ini.


Tidak cukup dengan ini, ia juga turut hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik lain, termasuk penawaran S-Pen yang memudahkan anda membuat catatan dan lakaran, selain penawaran sokongan grafik yang baik untuk menggunakan Galaxy Note10 sebagai peranti permainan mudah-alih mutlak anda!

Samsung Galaxy Note10 ditawarkan pada harga bermula RM3699 di Malaysia, dimana anda boleh melakukan pra-tempahan untuk peranti berkenaan dan menerima pelbagai ganjaran menarik bersempena dengan pra-tempahan sehingga 18 Ogos 2019 ini.

Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai telefon pintar ini menerusi halaman rasmi Samsung Galaxy Note10.

Pra-Tempah Sekarang! : Samsung Galaxy Note10

Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia

Sumber : Amanz