Gambar bukti tersebar, Lokman buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara & Pegawai Penyiasat

Viral di media sosial imej rakaman telefon bimbit yang menunjukkan seorang lelaki memegang kayu besbol meluru ke arah sebuah kereta di hadapannya dipercayai berkaitan dengan kes pergaduhan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Southville City Sabtu lalu, mengundang pelbagai reaksi netizen. 
Dalam kejadian itu, lelaki berusia 29 tahun itu dilaporkan meninggal dunia akibat dilanggar kereta MPV berkenaan. 
Namun Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Lokman Adam mempertikaikan penularan gambar itu dan turut mempersoalkan integriti pihak berkuasa dalam menyimpan bahan bukti yang diambil dari telefon bimbit isteri kepada pemandu MPV terbabit. 
“…’still image’ yang diambil daripada rakaman video kejar mengejar dan pergaduhan di antara Yew Wei Liang dan Syed Muhammad Daniel disyaki bertujuan menyelamatkan seorang pembunuh dan memburukkan seorang mangsa pembunuhan. 
“Isteri Yew Wei Liang ditahan kerana beliau merakam perbuatan jenayah yang dilakukan suaminya. Ini bermakna, handphone isteri pembunuh tersebut kini berada di dalam simpanan pihak polis sebagai bahan bukti,” katanya. 
Lokman membuat laporan polis berhubung penularan gambar bukti itu dan mendakwa Ketua Polis Negara Datuk Hamid Bador dan Pegawai Penyiasat kes tersebut, ASP Siti Sarah Aisyah Saad mengeluarkan bahan bukti terpilih itu untuk membantu Yew Wei Liang dari hukuman maksimum.
“Mereka berdua disyaki mahu membantu Yew Wei Liang dari hukuman maksimum dan dikecam oleh netizen kerana memukul dan melanggar mati arwah dengan mengeluarkan hanya gambar terpilih yang hanya menunjukkan arwah menyerang bonet depan kereta Yew Wei Liang,” katanya. 

Sumber: Lokman Adam

Sumber : TheReporter