Memandu tanpa lesen sah, cuai sehingga menyebab kematian, wanita warga Malaysia berdepan hukuman penjara 10 tahun

Baru-baru ini seorang wanita warga Malaysia terbabit dalam kemalangan di Thailand sehingga mengorbankan lima pemotong rumput dan seorang cedera parah, yang sedang berehat di tepi jalan. 
Semalam, adik kepada pemandu berkenaan tampil menceritanya kakaknya terlanggar sesuatu di jalan raya sehingga menyebabkan stereng kereta Perodua Myvi yang dipandunya ‘terkunci’. 
“Saya, Akma Azalan, adik kepada Melinda Susilanini yang kini ditahan di lokap Songhla. Pada 13 Ogos jam 3 petang ketika dalam perjalanan balik, kami terlibat dalam kemalangan. 
“Kakak terlanggar sesuatu di tengah jalan dan menyebabkan kereta kami hilang kawalan. Kakak beritahu stereng kereta tiba-tiab lock dan tidak dapat dikawal. Selepas itu kereta kami merempuh pekerja mesin rumput yang sedang berehat di tepi jalan. 
“Kami bertiga selamat dan mengalami kecederaan ringan sahaja. Malangnya pekerja yang dilanggar ada yang meninggal dunia dan cedera parah. 
“Sekarang kakak saya ditahan dan menunggu diikat main serta diminta untuk membayar jaminan sebanyak 400,000 baht (RM60,000). Kami cuba dapatkan bantuan dari konsulat Malaysia dan Tourist Assistance Centre untuk kurangkan kos tuntutan jaminan. 
“Along tidak boleh balik ke Malaysia sebab passport dipegang oleh polis dan beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Kami tak sangka kejadian ini boleh berlaku. Saya dengan rendah diri memohon bantuan sumbangan dari rakan-rakan yang mengenali, saudara mara dan setiap hamba Allah yang ingin membantu,” katanya. 
Sementara itu, polis Thailand mendakwa Melinda memandu tanpa lesen yang sah selain didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian dan kerosakan harta awam. 
Melinda juga berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak melebihi 20,000 baht (RM2,721) jika sabit kesalahan. 
Polis Thailand bersetuju mengurangkan ikat jamin kepada 200,000 baht (RM27,000). Namun Melinda dilarang meninggalkan negara itu sehingga kesnya selesai selain perlu membayar wang tunai 50,000 baht (RM6,764) kepada keluarga setiap mangsa yang terlibat. 
Atas kesalahan memandu tanpa lesen sah, Melinda juga dikenakan denda 200 baht (RM28). 
Pihak Kedutaan Malaysia sedang memantau kes tersebut dan akan memberi bantuan sewajarnya kepada Melinda. 

Sumber : TheReporter