Operasi Lalang

Operasi Lalang merupakan sebuah operasi terbesar yang dijalankan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Pada 27 Oktober 1987, kerajaan telah melancarkan Operasi Lalang yang menyaksikan seramai 106 orang ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Antara mereka yang ditangkap ialah aktivis NGO, tokoh politik, ahli akademik dan mahasiswa. Sewaktu operasi ini dijalankan, Tun Dr Mahathir baru sahaja menjadi Perdana Menteri ke- 4 selama 6 tahun. Sejak Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981, pelbagai insiden telah berlaku yang menyebabkan tercetusnya operasi ini.

Peristiwa yang pertama ialah apabila kerajaan Negeri Melaka hendak memajukan kawasan di Bukit Cina. Mereka perlu memindahkan kubur-kubur lama untuk memajukan kawasan tersebut. Ternyata. Tindakan itu mendapat bantahan daripada orang-orang cina. Parti DAP telah menjadikan insiden ini sebagai isu perkauman.

Mereka telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk membantah projek itu. Mereka juga telah mengadakan pelbagai kegiatan seperti penyebaran poster, berjalan kaki dan mengumpul petisyen. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, pembangunan di Bukit Cina merupakan satu helah kerajaan untuk menghapuskan segala jasa-jasa yang ditaburkan oleh bangsa Cina di negara ini.

Selain itu, DAP juga telah mengutuk Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Bagi mereka, dasar tersebut akan mengetepikan budaya bangsa lain dan dasar itu juga dikatakan sebagai pemangkin untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Oleh itu, pada 27 Mac 1983, sebanyak 15 pertubuhan Cina termasuk Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (GPGGSCM) dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor (DPCS) telah mengeluarkan sebuah memorandum yang bertajuk Joint Memorandum On National Culture yang menyoal kedudukan kebudayaan Melayu sebagai asas kebudayaan negara Malaysia.

Pada 12 Oktober 1985 pula, sebanyak 27 pertubuhan Cina Malaysia telah menggubal satu pengisytiharan. Pengisytiharan tersebut mendakwa bahawa kaum bukan Melayu telah tertindas dari segi politk, ekonomi dan sosial.

Peristiwa ini telah mencapai kemuncaknya
pada 2 November 1986 semasa Konvensyen MCA Selangor. Di dalam konvensyen
tersebut, mereka telah mengeluarkan resolusi
yang berbunyi, “Based on historical
facts, Malaysia’s three major races are orginated from other countries.
Therefore,none of them should brand the other as immigrants and claim
themselves as natives “

Pada 17 Ogos 1987, DAP telah melancarkan sebuah perhimpunan haram di pintu masuk Universiti Malaya. Perhimpunan yang didalangi oleh V David, Dr Eng Seng Chai dan Lim Guan Eng ini diadakan untuk membantah tindakan UM untuk mengadakan pembelajaran mereka di dalam Bahasa Melayu.

Perhimpunan ini bertambah keruh apabila peserta perhimpunan mula mencetuskan provokasi dan dibalas dengan cacian oleh pelajar-pelajar UM. Laungan-laungan berbaur provokasi dan perkauman juga dilaung-laugkan oleh kedua-dua belah pihak.

Kejadian ini bertambah buruk apabila sepanduk sepanduk yang bertuliskan provokasi diangkat dan ditayangkan. Mahasiswa UM kemudiannya mengadakan satu perhimpunan balas. Tidak mahu mengalah, DAP membalas lagi dengan mengadakan mogok lapar dan bantahan  yang diketuai oleh Dr Eng Seng Chai.

Kemuncak kepada segala insiden ialah apabila terjadinya isu penempatan guru-guru tanpa kelayakan mandarin di SRJKC. Pada Ogos 1987, Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar 100 orang guru yang tidak mendapat pendidikan mandarin di sekolah-sekolah SRJKC.

Tindakan ini ternyata mendapat bangkangan daripada pertubuhan-pertubuhan Cina. Pertubuhan Dong Jiao Zong telah menggesa kementerian untuk menarik balik perlantikan tersebut. Media-media massa turut menunggang isu ini dan menyerang kerajaan dengan isu-isu sensitif. Walaubagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar tidak berubah sama sekali.

Berang
dengan tindakan itu, pada 11 Oktober 1987, kira-kira 2000 orang yang terdiri
daripada ahli poltik yang majoritinya berbangsa Cina dan disertai oleh 15
Pertubuhan Cina telah mengadakan perhimpunan di Tokong Khean Hou, Kuala Lumpur.
Perhimpunan ini turut dihadiri oleh tokoh-tokoh politik berbangsa Cina seperti
Lee Kim Sai dan Lim Kit Siang. Perhimpunan itu menuntut kerajaan supaya
menyelesaikan masalah SRJK(C) dan meluluskan beberapa resolusi.

Untuk
membalas tindakan kaum Cina ini, Pemuda UMNO telah mengadakan perhimpunan aman
di Stadium TPKC, Kampung Baru pada 17 Oktober 1987, UMNO juga bercadang untuk
mengadakan perhimpunan besar-besaran sempena ulang tahun 41 penubuhan parti itu
dan dijangka seramai 500 000 orang akan hadir, tetapi tidak dibenarkan oleh
kerajaan.


Kesan
daripada insiden-insiden ini, kerajaan telah melancarkan Ops Lalang tidak
berapa lama kemudian. . Pada hari pertama, 55 orang telah ditahan dan
berlanjutan sehingga Disember, Antara yang ditahan ialah

  1. Lim Kit Siang – Ketua
    Pembangkang
  2. Karpal Singh – Timbalan
    Pengerusi DAP
  3. Lim Kim Sai – Timbalan
    Presiden MCA
  4. Chan Kit Chee – Naib
    Presiden MCA Perak
  5. Lim Fong Seng – Pengerusi
    Dong Jiao Zong
  6. Ibrahim Ali – Ahli Parlimen
    Pasir Mas
  7. Dr Tan Seng Giaw – Ahli
    Parlimen Kepong
  8. Lim Guan Eng – Ahli
    Parlimen Kota Melaka
  9. Muhammad Fatmi Ibrahim –
    Exco Pendidikan Pemuda UMNO
  10. V. David – Ahli Parlimen Puchong

4 Suratkhabar juga telah digantung penerbitannya. Antaranya ialah The Star, The Sunday Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan. Kerajaan juga telah menggubal Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Polis selepas terjadinya operasi ini.

Ops Lalang merupakan antara titik-titik hitam yang berlaku ketika pemerintahan Perdana Menteri pada ketika itu sebagaimana kata-kata beliau di dalam memoirnya “Tidak syak lagi Ops Lalang menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran di Malaysia. Tapi ia mengajar kita satu pengajaran. Jika kita tak ada operasi seperti Ops Lalang, ia bermakna kerajaan dan rakyat belajar darinya”,

RUJUKAN:

  1. Plate, T. (2011). Conversations with Mahathir Mohamad: Doctor
    M: Operation Malaysia
    . Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia: Marshall
    Cavendish Editions.
  2. Mahathir Mohamad (2011). A Doctor In A House. Kuala Lumpur,
    Malaysia : MPH Publications.
  3. Ooi, K. B. (2015). Lim Kit Siang: Defying the odds.
    Singapore: Marshall Cavendish Editions.
  4. Allers, C. (2017). Anwar Ibrahim: Penampilan muslim demokrat.
    Shah Alam, Selangor: Institut Darul Ehsan (DE).
  5. Loovi, M., &
    Singh, K. (2015). Karpal Singh 1940-2014:
    True Malaysian
    . Kuala Lumpur: REFSA.

The post Operasi Lalang appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots