Ujian Beta Astro V1.2 Dibuka Untuk Menguji Kotak TV 4K UHD Dan Storan Awanan

Pada Mei lalu, program Beta Astro V1.1 dibuka bagi menguji antaramuka baharu pada kotak TV, pelayar dan aplikasi mudah alih Astro. Kini program Beta Astro V1.2 pula dibuka kepada pelanggan bagi menguji kotak TV 4K UHD mereka dan juga sistem storan kandungan di awanan.

Pelanggan akan menerima kotak TV gantian 4K UHD menggantikan kotak TV dengan sistem PVR yang mereka gunakan sekarang. Astro akan menawarkan storan awanan sebesar 200GB sepanjang tempoh Beta. Apabila perkhidmatan kotak TV 4K UHD diberikan kepada umum, storan sebesar 1500GB selama setahun akan diberikan.

Kesemua kandungan awanan ini boleh diakses pada pelbagai peranti apabila diperlukan. Ia juga membolehkan pengguna melakukan rakaman pelbagai kandungan secara serentak berbanding hanya dua pada kotak PVR semasa. Walaupun kandungan 4K UHD boleh diakses, fungsi rakaman kandungan ini tidak boleh dilakukan menerusi penafian di laman Astro.

Sumber Astro menerusi LowYat.net

Sumber : Amanz