Penyelam Yang Bersemadi Selamanya Di Dasar Gua

Penyelam SCUBA atau yang
yang bermaksud penyelam yang menggunakan Self-Contained Underwater Breathing
Apparatus merupakan satu aktiviti rekreasi yang menyeronokkan tetapi boleh
menjadi satu hobi yang sangat berbahaya. Sama seperti hobi-hobi lain, seperti
skydiving atau 4×4 hill climb, perkara yang kita anggap menyeronokkan ini boleh
bertukar menjadi tragedi dalam masa yang amat singkat.

Salah satu perkara yang
paling mencabar, walaupun bagi seorang penyelam yang bertaraf dunia, adalah selaman
di dalam gua (cave diving). Berpuluh-puluh orang m4t1 apabila mereka ingin
menerokai gua, sehinggakan di sebuah tempat di USA, mereka meletakkan papan
tanda amaran yang amat mengerikan bagi seperti di gambar di bawah ini. Amaran
ini dikeluarkan sambil berpesan, tiada apa yang berbaloi untuk diterokai di
dalam gua ini.

Contoh lain yang kita boleh lihat
adalah semasa operasi menyelamat murid sekolah yang terkandas selama hampir
sepuluh hari. Dalam operasi ini, seorang penyelam yang merupakan warga Thailand
bernama Saman Gunan yang merupakan seorang bekas askar laut yang kita rasakan
mempunyai pengalaman yang amat tinggi dalam rekreasi penyelaman ini juga boleh
m4u7.

Terdapat
beberapa sebab mengapa cave diving ini amat berbahaya walaupun pada seorang
penyelam yang berpengalaman;

  1. Bahagian atas
    permukaan air tertutup. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya ke permukaan air
    sekiranya sesuatu yang buruk seperti kegagalan alatan scuba terjadi.
  2. Buih yang
    keluar daripada alat scuba boleh menyebabkan habuk atau silt mengenai dinding
    gua, dan akan mengganggu penglihatan anda
  3. Keadaan dalam
    gua amat gelap, dan sentiasa memerlukan alat seperti underwater light untuk
    hidup secara berterusan.

Satu kes yang
amat mengerikan adalah kes seorang penyelam bernama Dave Shaw. Dia merupakan
penyelam elit dan bertaraf dunia. Kisah ini bermula pada 10 tahun sebelum itu, iaitu
pada tahun 1994, seorang penyelam muda, berusia 20 tahun bernama Deon Dreyer m4u7
di satu tempat bernama Bushman’s hole, yang terletak di negara Africa . 
M4y4t Deon Dreyer tidak dijumpai, dan apa yang mereka jumpa hanyalah helmetnya
sahaja (cave diver kebanyakkannya memakai helmet).

Untuk penyelam
sebegini, mereka biasanya menggunakan alat bernama rebreather, iaitu alat selam
yang tidak akan mengeluarkan buih, dan bergantung kepada scrubbers untuk
meneutralkan gas karbon dioksida yang terhasil.

Sepuluh tahun
kemudian pada tahun 2004, sewaktu Dave menyelam bersama rakannya, dalam
ekspedisinya ke Bushman’s Hole, tanpa disangka-sangka, Dave menjumpai m4y4t
Deon Dreyer pada kedalaman 270 meter.

Ingin saya tekankan di sini, walaupun saya seorang rescue diver, iaitu rank selepas advance open water diver, kedalaman maksimum kami boleh selam adalah 30 meter sahaja. Itu pun kami perlu decompress pada kedalam 5 meter selama beberapa minit sebelum saya boleh boleh ke permukaan air semula. Gunanya decompression ini adalah untuk menyingkirkan gas nitrogen yang terbentuk apabila kita menyelam. Search Nitrogen Narcosis/The Bent di Google untuk mengetahui lebih lanjut.


Decompression untuk penyelam yang berada dalam 270 meter ini
akan memerlukan mereka untuk decompression selama 12 jam! Bermaksud, sebelum
mereka boleh ke permukaan air, mereka perlu berada pada kedalaman yang berperingkat
selama itu dan menukar tangki untuk menggunakan campuran gas yang sesuai pada
beberapa peringkat kedalaman. Cuba sahaja anda bayangkan berada selama 12 jam
di dalam air.

Kedalaman melebihi 40 meter seperti
kes ini (270 meter) membuatkan seseorang itu perlu melalui pelbagai latihan
seperti penggunaan rebreather dan gas trimix (oksigen. Nitrogen dan helium) dan
juga perlu menjadi seorang penyelam teknikal. Anda boleh lihat sendiri
perjalanan seseorang yang perlu dia lalui untuk menjadi penyelam teknikal pada
gambar di atas ini.

Hanya beberapa kerat manusia sahaja
yang mempunyai lesen dan kepakaran untuk menyelam sedalam ini, dan bagi Dave Shaw, dia
pernah menyelam sedalam 250 meter sebelum ini yang menempatkan namanya dalam
rekod dunia sebagai seorang penyelam yang mempunyai keupayaan untuk menyelam
paling dalam.

Setelah setahun berlalu daripada tarikh penemuan Deon Dreyer, Dave menawarkan
dirinya untuk membawa pulang m4y4t Deon Dreyer. Setelah merancang selama
setahun, Dave menyelam bersama rakannya, Don Sherley dalam usaha membawa pulang
Deon.

Don akan mulai menyelam 13 minit kemudian manakala Dave terus menyelam ke kedalaman 270 meter, di mana m4y4t Deon berada. Masalah mula timbul apabila Dave menyangka bahawa m4y4t Deon akan sentiasa tenggelam di situ. Jangkaan tersebut meleset apabila setelah diperhatikan, perkara yang menyebabkan meyet Deon tenggelam adalah kerana tanki oksigennya terbenam di dalam lumpur. Selut ini menyebbakan bahagian m4y4tnya gagal terapung.

Setelah berjaya menarik keluar tangki tersebut daripada dalam lumpur, m4y4t Deon mula terapung tanpa disangka-sangka. Keapungan ini adalah kerana c3bis4n d4ging dan lemak m4y4t tersebut yang mereput di dalam wetsuit renangnya menjadikannya dalam bentuk adipocere. Adipocere adalah tisu jenis lemak (adipose tissue) yang bersifat kurang tumpat daripada air, menyebabkannya mudah terapung.

M4y4t
Deon yang tiba-tiba mula terapung itu menarik sekali Dave ke atas, dan dalam
usaha untuk mengelakkan diri daripada naik terlalu cepat (risiko nitrogen
narcosis dan ruptured lung), Dave menggunakan banyak tenaga melawan balik daya
keapungan tersebut untuk membolehkannya kekal pada kedalaman tertentu. 

Setelah proses itu sedikit terganggu dan masa
‘bottom time’ telah melebihi hadnya, Dave mula untuk naik perlahan-lahan dan
membuat keputusan untuk membatalkan proses membawa m4y4t Deon ke permukaan.
Malangnya, apabila Dave mula untuk naik, wayar lampu yang menghubungkan lampu
selam dan bateri terbelit dan membuatkan Dave tersangkut. 

Don perasan kekalutan Dave (sewaktu itu, dia berada pada paras 50 meter) mulai turun untuk membantu walaupun dia tidak membawa tangki yang sesuai untuk menyelam pada keadaan tersebut dan lebih malang tiba-tiba rebreathernya pula mulai bocor. 

Sewaktu Dave naik secara perlahan-lahan ke paras 50 meter di lokasi Don, semasa itu dia sebenarnya sudah pun m4t1. Don pula mengalami masalah rebreather yang bocor, menyebabkan kecacatan kekal pada keseimbanganya serta memerlukan rawatan di dalam decompression chamber. Don amat bertuah kerana masih hidup setelah menerima rawatan yang menjadi satu pengalaman paling menyakitkan dan buruk dalam hidupnya.

Mereka menunggu
m4y4t Dave untuk timbul, tetapi dia tidak timbul-timbul, 4 hari kemudian satu
pasukan penyelam mula menyelam untuk melihat keadaan serta mencari dan lebih
kepada ‘membawa pulang’, bukan menyelamatkan Dave. Hanya seketika sahaja
kemudian, m4y4t Dave yang terikat dengan body bag bersama dengan m4y4t Deon
dijumpai hampir kepada permukaan air.

Keluarga Deon bersyukur kerana akhirnya, selepas 10 tahun, m4y4tnya dapat dibawa pulang dan dikebumikan, namun mereka juga bersedih atas kem4t14n Dave Shaw yang bersungguh-sungguh untuk membantu sehinggalah dirinya terkorban. 

Sepanjang kejadian ini berlaku, semuanya dapat dirakam oleh underwater camera yang terdapat pada Dave. Videonya ada di Youtube, dan amat mengerikan apabila kita dapat tahu itulah video terakhir yang merakam kem4t14nnya.


Ps – Buat rakan-rakan yang saya terpaksa menolak ajakan mereka untuk membuat cave diving, saya minta maaf. Saya tak berani dan seperti papan tanda pada gambar nombor satu, “there is nothing beyond that point that’s worth exploring“, dan even search and rescue sekalipun saya tak akan sertai jika m4y4t berada di dalam gua.

TAMAT

The post Penyelam Yang Bersemadi Selamanya Di Dasar Gua appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots