E-Piala Malaysia Berasaskan FIFA 20 Bakal Dianjurkan Pihak MFL

MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) sedia popular dengan penganjuran beberapa liga bola sepak tempatan yang popular. Kini, selain daripadanya, MFL juga mengatakan akan menganjurkan kejohanan E-Piala Malaysia 2019.

Liga E-Piala Malaysia 2019 ini akan dianjurkan bersama pihak Gamesbond. Ia dikatakan E-Piala Malaysia ini akan menggunakan permainan FIFA 20.

Buat masa ini, ia dirancang untuk dianjurkan seiring dengan Liga Malaysia musim akan datang.

Ia dikatakan mereka telah menyenarai pendek dan memilih pemain e-sukan berdasarkan kedudukan rasmi dan pencapaian antarabangsa.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai E-Piala Malaysia ini dalam masa terdekat ini, sekaligus menjadikan arena esukan tempatan lebih meriah lagi.

Sumber : Amanz