Siaran TV Analog Di Wilayah Tengah Dan Selatan Semenanjung Malaysia Akan Ditamatkan Pada 19 Ogos

Kerajaan sebelum ini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan melakukan peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital secara berperingkat. Perkara ini telah pun dimulakan pada bulan lepas, dengan penutupan siaran TV analog di Pulau Langkawi pada 21 Julai 2019 lepas.

DTTV 19 Ogos

Bergerak kehadapan, seperti dijanjikan, mereka akan turut menamatkan siaran TV analog di Wilayah Tengah dan Selatan Semenanjung Malaysia pada 19 Ogos 2019 kelak. Peralihan ini akan melibatkan negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan juga Kuala Lumpur.

Sekiranya anda dinegeri berkaitan, anda boleh beralih ke siaran TV digital dengan menyambungkan dekoder DVB-T2 dan aeriel UHF, sekaligus menikmati siaran yang lebih jelas melalui kaca televisyen anda.

Siaran TVanalog di Malaysia dijangka ditamatkan sepenuhnya pada 30 September 2019 kelak.

Sumber : Amanz