‘Dah gemuk pun masih nak makan aiskrim?’ – Lelaki mati ditikam teman wanita kerana mulut celupar

Hasrat seorang gadis mahu menikmati aiskrim berkecai selepas dia kecewa dengan kata-kata yang diungkap teman lelakinya sebelum berakhir dengan tragedi pembunuhan.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari 14 Ogos, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 20-an terdahulu berjalan-jalan di kawasan bandar di tengah cuaca panas.

Difahamkan, mereka baru saja menjalinkan hubungan kurang sebulan.

Si gadis itu kemudian memberitahu teman lelakinya yang dia mahu makan aiskrim. Namun lelaki itu kata, “Awak dah gemuk, masih nak makan aiskrim?”

Mendengar kata-kata itu, gadis itu terus berang tetapi memendam kemarahannya itu dan masuk ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli gunting.

Sebaik saja keluar dari kedai itu, suspek terus menikam teman lelakinya sebanyak empat kali di tempat terbuka. Mangsa yang tidak sempat mengelak terjatuh berlumuran darah dan meminta tolong dari orang awam.

Apabila polis dan paramedik tiba di tempat kejadian, mereka cuba menyelamatkan mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya sudah terlambat, mangsa disahkan meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah dan cedera parah.

Sementara itu, suspek ditahan ketika dia cuba melarikan diri juga mengalami kecederaan ringan.

Kes masih dalam siasatan polis.

Sumber: TVBS, World of Buzz

Sumber : TheReporter