Touch n Go eWallet Menawarkan Ganjaran RM5 Untuk Tambah-Nilai Minima RM20 Di Kedai Terpilih

Touch n Go eWallet merupakan salah satu dompet digital yang digunakan ramai dalam transaksi nirtunai – apatah lagi ia turut diintegrasikan dengan pembayaran PayDirect pada beberapa plaza tol sekitar Lembah Klang.

RM5 TNG

Terkini, pihak Touch ’n Go eWallet menawarkan ganjaran khas untuk pengguna mereka, dimana mereka menawarkan ganjaran RM5 untuk setiap tambah-nilai minimum RM20. Walaubagaimanapun, ia hanya tertakluk untuk tambah-nilai yang dilakukan melalui pasaraya Giant, Watsons Stores, CARiNG Pharmacy, dan juga G Ekspress Stores.

Promosi ini diadakan sehingga 14 Oktober 2019 kelak, dan hanya terhad kepada 40,000 tambah-nilai pertama sahaja.

Bagi anda yang aktif menggunakan dompet-digital Touch n Go eWallet ini, mungkin boleh menyemak ganjaran ini hari ini, dan mendapatkan lebih ganjaran untuk tambah-nilai anda.

Layari : Promosi Ganjaran RM5 Untuk Tambah-Nilai

Sumber : Amanz