‘Saya nak pickup adik sebab ada orang meninggal di kampung’ – Abang naik motor dari Teluk Intan nak jemput adik pulang, tersesat di KL

“Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita” itulah ayat yang selalu disematkan dalam diri lelaki ini dan dalam kejadian baru-baru ini, ditakdirkan dia didatangi seorang lelaki yang berada dalam kesusahan. 
Datang dari jauh dengan menunggang motosikal EX5, mencari jalan ke terminal bas, tetapi gagal menemui lokasi sehingga tersesat jauh. Sehinggalah dia bertemu dengan insan yang mulia ini. Bukan sahaja membantu menunjukkan arah, malah menunggu bersama sehingga adik lelaki itu sampai ke terminal. 
MALAM tadi aku kerja syif closing, so balik lewat sikit. Aku kerja di IOI City Mall Putrajaya. On the way balik ke Bangi, ikut highway Kajang Silk. 
Sebelum nak masuk Bangi dari highway itu, akan jumpa persimpangan lampu isyarat. Aku berhenti di situ sambil layan lagu. 
Sedang aku menunggu lampu hijau, tiba-tiba ada seorang brader ini tungga ekspai (EX5) berhenti di sebelah motor aku. Tengah aku melayan lagu, brader itu tegur aku, puase lagu jap sebab nak dengar apa dia cakap. 
“Bang, tahu tak kat mana jalan nak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)?” soalnya sambil tergagap-gagap. 
“Saya kat Kuala Lumpur ni dari tengah hari tadi. Pusing-pusing tak jumpa pun TBS,” katanya lagi. 
Aku pun macam, “Seriuslah? Kau ni dah terpesong jauh jalan kot nak menghala ke TBS. Dari mana ni?” 
“Dari Teluk Intan bang, nak pickup adik saya baru balik dari Kelantan ke TBS sebab ada orang meninggal kat kampung saya,” katanya dengan reaksi muka yang hampa dan kecewa sebab dari siang tadi tak jumpa TBS. 
Dengar kata-kata dia, aku terus macam seriuslah dari Teluk Intan bawa ekspai camni je? Dia pun mata tengah tahan nangis, serius buat aku rasa sedih juga. 
Lebih membuatkan aku sedih bila dia merayu nak bayar aku kalau aku tunjukkan jalan ke TBS itu. Then aku tolak pasal bayaran itu. 
Lampu isyarat hijau je, aku terus suruh dia follow motor aku dari belakang, buat U-Turn ke Petronas depan Uniten tu kejap. 
Masa nak bayar isi minyak tu, dia offer lagi nak bayarkan, aku tolak lagi sebab tolong ikhlas. Sambil-sambil itu aku tanya siapa yang meninggal kat kampung dia. 
“Ayah saya meninggal bang, sebab tu saya nak ambil adik saya bawa balik kampung ni,” katanya. 
Aku pun sebak weh dengar, sikit lagi nak kecundang air mata jantan aku. Perjalanan diteruskan dan aku suruh dia ikut dari belakang terus menghala ke TBS. 
Bahaya juga brader ni bawa motosikal malam-malam camtu sebab sepanjang perjalanan aku tengok lampu depan dia kejap hidup kejap mati. So apa-apa berlaku dengan dia, aku pun risau juga. 
Masa kat atas motor, kepala aku mula berfikir, betul ke orang yang jujur aku tengah tolong ni? Mana tahu dia sembang ke apa kan. 
So sampai ke TBS, aku suruhlah dia berhenti tepi sebab nak tunggu adik dia kat situ, senang nak pickup. After that dia call adik dia dan adik dia cakap dah sampai kat area nampak bangunan-bangunan KL dah ni. 
So kitorang tunggulah adik dia sampai, sambil itu berborak tanya dari area mana. Kepala aku masih berfikir jauh gila duh dari Teluk Intan terlajak sampai ke Bangi dengan tunggang ekspai je. 
Time borak tu, aku tanya, “Siang tadi tak tanya orang lain ke?” 
“Diorang cuma tunjuk jalan gitu-gitu je. So saya ikutlah apa yang diorang cakap. Tetapi tak jumpa-jumpa juga TBS. Tu yang sampai jumpa abang, rupanya dah jauh terlajak saya. Malam ini nak balik ke kampung terus,” katanya. 
“Ni nak balik ke sana tahu tak ikut jalan mana?” aku tanya. 
“Tak risau sebab adik ada Waze dan powerbank.” katanya. 
By the way, sepanjang perjalanan dari Teluk Intan siang tadi tu, dia guna Waze juga tetapi dia tak reti nak tengok location, sebab itu dia sesat. 
Selepas 20 minit menunggu, adik dia pun sampai. Elok orangnya, tergoda jap aku masa tu. Macam angin daun-daun apa semua kat situ terbang slow motion gitu. Hahaha! Takdelah, gurau je. 
So aku pun turut gembiralah sebab akhirnya brader ini dapat juga pickup adik dia di TBS dari siang tadi mencari. I feel you bro. 
Then dia tanya, “Nak balik ikut mana eh bang?” 
Ah sudah! Kalau aku tunjuk direction macam tu je, confirm dia tak faham. So aku suruhlah dia buka Waze siap-siap dan follow aku kejap. 
Kesian weh aku tengok, dengan bawa beg besar naik motor ekspai je sambil tu tangan kiri pegang phone fokus tengok Waze sebab dia nak balik malam itu juga dan dia kata nak balik sana ikut i-City, so aku tunjuklah jalan lagi. 
Last aku jumpa dia sebelum dia meneruskan perjalanan menghala ke Teluk Intan itu, aku suruh dia berhenti kejap sebab aku nak keluar ke Highway Plus dan dia pula nak menghala ke Highway Federal. 
Okey, time tu aku tunjuklah direction ke i-City sebab sampai situ je aku boleh tunjuk direction. Selebihnya aku suruh dia tengok Waze. 
Dia banyak terima kasih dengan aku sebab banyak tolong dia dan minta maaf dengan aku banyak kali sebab ganggu waktu aku. Aku pun cakap, okey jelah, takde hal pun, ni pun tak rushing balik rumah. 
Actually aku pun risau, malam itu juga diorang nak balik dan berharap diorang selamat sampai ke destinasi. Sebelum dia gerak, dia salam aku dan kenalkan diri dia dengan nama Din. Then aku suruhlah dia elok-elok bawa motor tu sebab jauh lagi perjalanan diorang. Din pun bergeraklah ke Teluk Intan dan kitorang pun berpecah. 
Sampai di rumah, aku berfikir lagi. Ada dua pengajaran aku dapat masa malam tu. Pertama, aku suka tolong orang dan selalu guna frasa ini dalam diri aku, “Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita balik” dan pastikan tolong orang dengan ikhlas tanpa mengharap apa-apa balasan. Terima kasih pun sudah cukup memadai. 
Kedua, kalau rasa diri kita ni susah, ada orang lagi susah daripada kita. Bersyukurlah apa yang kita ada hari ini. Dapat cukup makan setiap hari pun dah bersyukur even roti Gardenia enam posen itu pun rezeki. 
Semoga bro Din sentiasa kuat dan sihat dalam kehidupan seharian dan doakan saya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. 
Sumber: Didkenobi

Sumber : TheReporter